Thursday, May 26, 2016

2016.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh. 

Hi.  

Its been awhile i guess haha last post tahun 2014 kot. It takes 2 years for me to write something again. Dah 2 tahun eh, rasa macam tak percaya. Macam mana boleh tetiba nak blogging balik? Haha actually tadi i was googling this one guy, then tetiba i was like how about googling myself. So yah, keluar lah segala benda dari facebook sampai twitter and then scroll punya scroll i found my blog and i was like eh i thought my blog private so bukak la the link. Bila dah terbukak ni, dia macam throwback old memories yang dari zaman tok kaduk dulu haha. Baca balik post post lama lepastu gelak sorang sorang, haha malu pun ada. Grammar tunggang langgang mana tak nya haha biaq pi. 

So, its been almost 2 years. Banyak sangat nak cerita tapi paling latest, i'm on my semester break for semester 5 then next semester dah practicum. Everyday kena bangun awal, pergi sekolah, lepastu kena mengajar, kena pergi koko haha benda paling benci zaman sekolah dulu yes, pergi koko haha. Seram sebenarnya tapi dalam masa yang sama excited. Harap-harap segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah. Ameen.

So haritu yang tak berapa nak haritu, ada la dalam 3 minggu lepas, abang accident masa on the way nak pergi kerja dari solat jumaat. Kereta langgar, bukan salah dia. Benda dah nak jadi. Dalam pukul 3.15pm, dapat call dari mama. Mama cakap abang alem accident, perasaan masa tu, Ya Allah tuhan je tahu. At first, rasa macam tak redha. Bila tengok keadaan abang masa dalam emergency room tu, hati dah luluh, rasa macam dia dah tak lama. Rasa nak tumbang, rasa macam beratnya dugaan yang Allah bagi. Rasa macam dah tak nak hidup lagi.

 Silap. Haritu aku dah silap.

Sebenarnya Allah tak akan duga, kalau kita tak kuat. Kena ingat selalu, yang Allah bagi ujian sebab Allah masih sayangkan kita. Dalam kehidupan ni kita kena banyak muhasabah diri dan belajar untuk redha dengan qada dan qadar Allah, itu paling penting. Sebab kita kena percaya, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Percaya yang segala kekuatan itu dari DIA. Percaya yang DIA akan sentiasa bersama dengan kita. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan dan insyaAllah kita pasti dapat harungi segalanya dengan hati yang terbuka because Allah knows best. And Alhamdulillah Allah masih lagi bagi abang peluang untuk sembuh. Alhamdullillah, thank you Allah.


“Fear not! Surely Allah is with us.” - Quran 9:40


Anyway, love your family while you still have them and never take advantage of health. Life is so precious, it's so important to love your family while they're still around because you never know what tomorrow may bring. Kalau rasa awak tu banyak free time tapi asyik duduk dalam bilik, dengar lagu, main game atau asyik tengok drama korea mohon kurang-kurangkan, pergi la spend masa dengan family especially yang still ada both of your parents tu pergi la luangkan masa, rugi nanti. Live every moment in your life to the fullest cause what you have now might not be there tomorrow.

And as for the practicum, wish me goodluck guys. InsyaAllah i will try my best to be a good teacher and doakan semoga abang lysha cepat sembuh ye. Thank you. So, that's all from me. Take care everyone. See you soon, insyaAllah. Bye. Assalamualaikum.


Rabbi yassir wa la tuassir, rabbi tammim bi khair. 
Ya Allah make it easy for me and not make it difficult and end it with goodness. 


Love, Lysha.

No comments:

Post a Comment